Monday, January 24, 2011

.pidato oh pidato.

" 1 MALAYSIA CINTAI NEGARA KITA "

Kalau kita satukan kekuatan kita, satukan peranan dan hala tuju kita, maka ia akan menjadi satu kekuatan dalam proses membina sesebuah negara yang kita cintai. Kata-kata  yang amat bermakna daripada pemimpin no.1 negara Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang merupakan nadi membentuk slogan 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati Puan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian .

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.Arena pada hari ini saya warnai dengan pidato yang berjudul “1 Malaysia Cintai Negara Kita”.

Hadirin sekalian,                                                                                                                          
Kamus dewan edisi keempat cinta didefinisikan sebagai perasaan sangat sayang kepada Negara  orang tua, kebebasan dan lain-lain. Negara pula merupakan kawasan di bawah kekuasaan kerajaan tertentu. Lalu saya simpulkan frasa 1 Malaysia Cintai Negara Kita iaitu semua kaum di Malaysia menyayangi Negara di bawah satu kerajaan yang memerintah.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,                                                                                          
Bermula daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj perancangan ke arah pembangunan semangat perpaduan sesebuah Negara bangasa yang dinamik telah dirangka dan kini konsep perpaduan terus diperhalusi oleh Perdana Menteri keenam Datuk Seri Muhammad Najib Tun Abdul Razak di bawah gagasan “ 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Pemupukan semangat perpaduan yang utuh menjadi tonggak keharmonian penduduk yang berbilang kaum di Malaysia.Hal ini, dapat kita lihat dalam misi nasional kebangsaan menyatakan bahawa hubungan perpaduan yang erat dan harmoni telah menjadi contoh kepada Negara-negara lain.

Hadirin yang dihormati  sekalian,                                                                                                   
Dulu kita di sawah,dulu kita di lading,dulu kita nelayan kecil di lautan luas.Kini, Anak Malaysia sudah sampai ke Angkasa Lepas. Kemajuan pelbagai pendidikan diberi keutamaan untuk rakyat 1 Malaysia. Institusi pendidikan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dengan ilmu , lahirlah anak bangsa Malaysia berdaya maju. Kereta nasional maju dijalan raya daripada kereta proton Saga hinggalah kereta proton Exora menembusi pasaran antarabangsa. Inilah hasilnya didikan yang bertaraf dunia Negara yang kita cintai.

Hadirin sekalian,                                                                                                                        
Ekonomi terus berkembang dibawah pimpinan menteri keenam yang kita sanjungi. Sektor pembuatan dan perladangan menjadi penyumbang utama. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi yang mampat melebar luaskan peluang pekerjaan kepada rakyat semua kerana model ekonomi baru ialah kuantiti pelaburan dan rakyat bersesuaian dengan slogan pemimipin kita “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” taraf hidup selesa kita nikmati bersama. Warga 1 Malaysia “Cintailah Negara Kita”.

Kesimpulannya, Ayuh warga bumi bertuah mari kita melangkah seiring berganding bahu bersama pemimpin kita memartabatkan konsep 1 Malaysia Cintai Negara kerana perpaduan masyarakat yang unggul kerana pendidikan yang bertaraf dunia dan kerana kemantapan ekonominya. Kalau kita cemerlang,biar tiada tembok penghadang.Kalau kita gemilang, biar tiada batu penghalang. Andai kata terbilang,biar jangan alang-alang.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.  
                                                                                                                                 

0 comments: