Pemarah dan panas baran. Dua perkataan mempunyai maksud yang sama. Ia hadir bila seseorang rasa dirinya tercabar, diperlekeh, dan agak tidak kurang penting, bila pendapat seseorang itu tidak diterima atau orang ragu-ragu dengan pendapatnya(mungkin terasa pendapat kita tidak boleh diguna-pakai), ataupun, orang rasa dirinya bodoh dan tidak perlu dipercayai.
Tapi, bila kita letak diri kita di tempat orang yang mempunyai panas baran, apa yang sepatutnya kita lakukan untuk tidak biarkan suatu dahsyat atau di luar kawalan berlaku? Maksud saya di sini, apa cara yang berkesan untuk mengawal atau “bolayan” perasaan marah kita tu?
- Tenangkan diri. Paksa diri untuk berfikir semasa kita sedang berapi berasap tu. Kata pada diri, “Relax.. relax.. cool down. Takyah nak marah-marah. Fikirkan bagaimana nak selesaikan masalah ni dengan waras.”
- Diam. Sebab kalau kita cakap, mestilah kita akan menyakitkan hati mana-mana pihak untuk mempertahankan diri kita. Tak kisahla siapa pun yang betul ataupun salah. Mungkin kita di pihak yang benar, tapi mungkin juga kita di pihak yang salah.
- Senyum. Ada seorang pensyarah saya, bila dia marah, kami tak tahu pun dia sedang marah. Sebab muka dia sentiasa senyum dan kalau kita tak prihatin dengan apa yang dia kata, memang kita tak sedar bahawa dia sedang geram atau marah.
0 comments:
Post a Comment